
Sentiasa peringatkan diri kita bahawa hari kematian seseorang bukan hari pesta , dimana kita rasa seronok membaca-baca atau mengungkit-ungkit segala aib dan kejahatannya . Mengintai-intai cacat celanya .
Sehina-hina dan sejahat-jahat manusia jika dia bertaubat nasuha , jika ibu bapa redha dan mengampunkannya , jika Allah redha dan mengampunkannya , jika manusia yg dijahatinya juga redha dan memaafkannya , insyaallah Allah juga akan mengampunkannya.dan meletakkan sesiapa yg dikehendakinya ditempat yg mulia dan sewajarnya .
Jangan membuang masa menilai dan menghisab orang lain . Nilai dan hisablah diri kita sendiri sbb tiada siapa yang tau dimanakah tempat kita disana nanti . Jangan berangan-angan untuk menghuni syurga kalau dihati kita masih ada rasa riak sombong pada amalan kita.
Tempat anda belum terjamin , begitu juga tempat saya belum pasti dimana. Tiada siapa yg layak mengatakan bahawa tempat mereka adalah di syurga .
Semoga Allah mengampuni roh-roh yang telah mendahului kita . Mudah-mudahan jasad mereka akan bersemadi dengan tenang. InsyaAllah.

No comments:
Post a Comment