ya Allah ya Tuhan..
apalah yg termampu aku lakukan...
aku seakan putus asa dgn segalanya..
entah kenapa dan mengapa..
seolah kaki ini tak mampu untuk melangkah lagi..
ya Allah ya Tuhanku..
Ujian apakah lagi yg Kau cuba beri..
Kasihanilah Ayah dan Bondaku ..
Mereka sudah terlalu tua untuk memikirkan
segala masalah yg ada..
Berikanlah mereka kesenangan..
ya Allah..
Kurela menanggung segala kesakitan mereka..
Andai itu mampu membuat mereka tersenyum..
Ku rela ya Allah..
Ku mohon ringankanlah beban yang mereka tanggung..
ya Allah..
walaupun aku bukan dari darah mereka..
tapi susu ibu yang mengalir dalam tubuhku..
menjadi saksi bahawa dunia akhirat..
ku terhutang nyawa dengan mereka..
ya Allah..
Dikeheningan subuh..
kuberdoa..
berikanlah aku segenap kekuatan..
untuk melalui segala dugaanMU dgn tabah..
aku redha..
andai ini yang Kau tuliskan untukku..


No comments:
Post a Comment